Toggle navigation UTM UTM

 Pengenalan  Panduan Permohonan  Syarat Permohonan  Permohonan Akaun Baharu  Muat Turun Borang  Hubungi Kami
biasiswa

Pengenalan

Warganegara Malaysia yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian Program Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Universiti Teknologi Malaysia bagi kemasukan Tahun Pertama Sesi 2023/2024 adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Endowmen UTM secara dalam talian di pautan http://biasiswaendowmen.utm.my mulai 15 September 2023 hingga 10 Oktober 2023 jam 4.30 petang.

Muat Turun Borang

Sila lengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan sekiranya ibu/bapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji atau tidak bekerja.

Muat Turun [ Borang Pengesahan Pendapatan ]

PANDUAN PERMOHONAN

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian dipautan : http://biasiswaendowmen.utm.my
  2. Pemohon hendaklah membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum mengisi permohonan. Maklumat yang diperlukan adalah nama penuh, no. kad pengenalan, alamat e-mel dan kata laluan.
  3. Sila pastikan e-mel yang didaftarkan adalah e-mel peribadi pemohon yang SAH dan MASIH AKTIF.
  4. Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan tepat dan lengkap.
  5. Sila pastikan permohonan yang telah lengkap dihantar dengan menekan butang HANTAR.
  6. Pemohon masih dibenarkan untuk mengemaskini permohonan selagi tempoh permohonan belum ditutup. Pemohon tidak perlu lagi menekan butang HANTAR buat kali kedua.
  7. Pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui e-mel/telefon.
  8. Pemohon yang tidak mendapat sebarang makluman dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap TIDAK BERJAYA.

MUAT NAIK BORANG :

Pemohon adalah DIWAJIBKAN memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan dalam permohonan seperti berikut :

  1. Slip Gaji@ Penyata Pencen Ibu/Bapa/Penjaga atau Borang Pengesahan Pendapatan bagi Bapa/Ibu/Penjaga yang tidak mempunyai Slip Gaji atau yang tidak bekerja untuk dimuat naik di Bahagian Maklumat Pekerjaan Ibu/Bapa/Penjaga. Slip gaji atau Borang Pengesahan Pendapatan PERLU DISAHKAN oleh Penghulu/Ketua Kampung/Pegawai Pengurusan & Profesional (Gred 41 dan ke atas /Kumpulan A). Muat Turun [ Borang Pengesahan Pendapatan ]
  2. Dokumen @ sijil perceraian @ surat mahkamah jika Bapa/Ibu/Penjaga telah berpisah/bercerai.
  3. Dokumen @ Sijil Kematian sekiranya Bapa/Ibu/Penjaga telah meninggal dunia.
    Catatan :
       (i) [*] Muat turun Borang Pengesahan Pendapatan
      (ii) Slip gaji/Penyata pencen/ Borang Pengesahan Pendapatan PERLU DISAHKAN oleh Penghulu/Ketua Kampung/Pegawai Pengurusan & Profesional (Gred 41 dan ke atas /Kumpulan A).

 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN- BIASISWA ENDOWMEN MERDEKA UTM dan BIASISWA ENDOWMEN AL-BUKHARY UTM

NILAI BIASISWA : RM12,000.00 SETAHUN

KELAYAKAN AKADEMIK:

  1. Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Matrikulasi KPM atau Program Asasi dari Universiti Awam dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75 (Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat Gred A dalam Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ; atau
  2. Diploma yang diiktiraf dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75

Syarat-Syarat Lain:

  1. Pemohon belum menerima mana-mana tawaran biasiswa atau pinjaman;
  2. Lulus dalam sesi temubual;
  3. Calon yang berjaya adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Biasiswa Endowmen Merdeka UTM dan Biasiswa Endowmen Al-Bukhary UTM

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN- BIASISWA ENDOWMEN AZMAN HASHIM UTM

KATEGORI CEMERLANG (Nilai Biasiswa : RM12,000.00 setahun)

KELAYAKAN AKADEMIK:

  1. Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Matrikulasi KPM atau Program Asasi dari Universiti Awam dengan mendapat PNGK ≥ 3.80 ; atau
  2. Lulusan Diploma yang diiktiraf dengan mendapat PNGK ≥ 3.80

KATEGORI BOTTOM 40 (Nilai Biasiswa : RM10,000.00 setahun)

KELAYAKAN AKADEMIK:

  1. Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Matrikulasi KPM atau Program Asasi dari Universiti Awam dengan mendapat PNGK ≥ 3.00 ; atau
  2. Lulusan Diploma yang diiktiraf dengan mendapat PNGK ≥ 3.00

Syarat-Syarat Lain:

  1. Pemohon belum menerima mana-mana tawaran biasiswa atau pinjaman;
  2. Lulus dalam sesi temubual;
  3. Jumlah pendapatan bulanan keluarga tidak melebihi RM3,500.00 (Kategori Bottom 40);
  4. Calon yang berjaya adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Biasiswa Endowmen Azman Hashim

KATEGORI KECEMERLANGAN SUKAN UTM (Nilai Biasiswa : RM10,000.00 SETAHUN)

KELAYAKAN AKADEMIK:

  1. Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Matrikulasi KPM atau Program Asasi dari Universiti Awam dengan mendapat PNGK ≥ 2.50 ; atau
  2. Lulusan Diploma yang diiktiraf dengan mendapat PNGK ≥ 2.50
  3. Mendapat PNGK ≥2.50 pada pengajian semasa di UTM (bagi pemohon Tahun 2 Semester 3 pengajian pada Semester 1 2020/2021)

Syarat-Syarat Lain

  1. Pemohon berada pada Tahun Pertama atau Tahun Kedua pengajian Program Ijazah Sarjana Muda di UTM secara sepenuh masa;
  2. Pencapaian sukan sekurang-kurangnya mewakili sukan peringkat negeri;
  3. Pemohon belum menerima mana-mana tawaran biasiswa atau pinjaman;
  4. Lulus dalam sesi temubual;
  5. Calon yang berjaya adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Biasiswa Endowmen Azman Hashim Kecemerlangan Sukan UTM.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN- BIASISWA ENDOWMEN ALUMNI UTM

NILAI BIASISWA : RM9,000.00 SETAHUN

KELAYAKAN AKADEMIK:

  1. Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Matrikulasi KPM atau Program Asasi dari Universiti Awam dengan mendapat PNGK ≥ 3.00 ; atau
  2. Lulusan Diploma yang diiktiraf dengan mendapat PNGK ≥ 3.00

Syarat-Syarat Lain:

  1. Keutamaan diberikan kepada:
    • Ibu/bapa/penjaga adalah Alumni UTM; atau
    • Jumlah pendapatan bulanan keluarga tidak melebihi RM 3,500.00
  2. Pemohon belum menerima mana-mana tawaran biasiswa atau pinjaman
  3. Lulus dalam sesi temuduga
  4. Calon yang berjaya adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Biasisiwa Endowmen Alumni UTM

Hubungi Kami

Unit Penajaan, Kebajikan dan Tatatertib,
Bahagian Kemudahan, Kebajikan dan Tatatertib,
Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP)
Aras 1, Bangunan SUB
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru, Johor

E-mel : biasiswaendowmen@utm.my
No. Telefon : 07-5530683
Laman Web Pejabat HEP : http://www.utm.my/studentaffairs

© 2020 Universiti Teknologi Malaysia - All Right Reserved.
Disclaimer : UTM Academic Management System uses accurate and up-to-date information from AIMS, GSMS and HRFin. Centre for Information and Communication Technology (CICT) shall not be liable for any loss or damage contained in the system.